Monday 24 October 2011

@Genting Highland

                      Kehabisan kredit prabayar... Gunakanlah kemudahan awam yang disediakan..

Ahli-ahli rombongan di Genting Theme Park..

Sejuk tapi silau..

Friday 14 October 2011

Destinasi Seterusnya??

Jalan-jalan makan angin memang seronok. Tanyalah siapa saja, jawapannya mesti positif. Cuma yang menjadi penghalang ialah kekangan masa, wang atau tuntutan kerja yang tak menentu. Tetapi bagi sesetengah orang, makan angin ialah satu 'hadiah' atau penghargaan untuk diri sendiri selepas bekerja keras mencari duit. Golongan ini juga akan menjadikan makan angin atau melancong sebagai aktiviti tahunan bagi mereka. Tidak semestinya perlu memilih lokasi luar negara sebagai tempat makan angin, yang  penting bersesuaian dengan bajet masing-masing. Saya sendiri sebagai contoh lebih suka memilih lokasi dalam negara atau negara jiran sebagai destinasi percutian. Sebenarnya banyak lagi lokasi di Malaysia yang sangat menarik untuk dilawati atau menjadi tempat makan angin. Cuma perlu rajin membaca atau layari laman web yang berkaitan. Sesuatu yang memalukan kalau pelancong asing lebih mengetahui dan menghargai keindahan lokasi-lokasi percutian di Malaysia berbanding rakyat Malaysia sendiri. Jadi, bagi 'kaki-kaki' jalan di luar sana.. Apakah Destinasi Anda Seterusnya??

Tuesday 11 October 2011

Trip to Sabah Bumi Kenyalang..

Orang kuat yang mengatur percutian ke Sabah, En Isa dan Abang Zul.

Di Senai Airport, sebelum berangkat ke Sabah. Masing-masing dengan wajah gembira dan teruja..

Bergambar kenangan di tugu peringatan perajurit.

Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. 

Universal Studios Singapore (USS)



Seharian di USS memang best, rasa tak puas dan banyak lagi tempat yang tak sempat masuk.. Satu hari memang tak cukup..

Cuti-cuti ke Pulau Langkawi (September 2010)

 Di puncak Gunung Mat Cincang.


Bergambar di Makam Mahsuri.

Di Pantai Chenang.. memang menyenangkan..

Di Tropical Village, BP

Replika Tembok Besar Cina. Destinasi bajet untuk kita, tak perlu ke China.. ;-)

 Bergambar kenangan bersama murid-murid yang mengikuti rombongan ke batu Pahat anjuran Panitia Sivik dan Kewarganegaraan.
                                                                    Eiffel, I'm in love..

Ronda-ronda Batu Pahat


Bergambar di hadapan replika Menara Pisa di Tropical Village.. Tempat yang menarik juga untuk dilawati.