Friday 14 October 2011

Destinasi Seterusnya??

Jalan-jalan makan angin memang seronok. Tanyalah siapa saja, jawapannya mesti positif. Cuma yang menjadi penghalang ialah kekangan masa, wang atau tuntutan kerja yang tak menentu. Tetapi bagi sesetengah orang, makan angin ialah satu 'hadiah' atau penghargaan untuk diri sendiri selepas bekerja keras mencari duit. Golongan ini juga akan menjadikan makan angin atau melancong sebagai aktiviti tahunan bagi mereka. Tidak semestinya perlu memilih lokasi luar negara sebagai tempat makan angin, yang  penting bersesuaian dengan bajet masing-masing. Saya sendiri sebagai contoh lebih suka memilih lokasi dalam negara atau negara jiran sebagai destinasi percutian. Sebenarnya banyak lagi lokasi di Malaysia yang sangat menarik untuk dilawati atau menjadi tempat makan angin. Cuma perlu rajin membaca atau layari laman web yang berkaitan. Sesuatu yang memalukan kalau pelancong asing lebih mengetahui dan menghargai keindahan lokasi-lokasi percutian di Malaysia berbanding rakyat Malaysia sendiri. Jadi, bagi 'kaki-kaki' jalan di luar sana.. Apakah Destinasi Anda Seterusnya??

No comments:

Post a Comment